Kamis, 15 Mei 2014

air mata cinta




               Air mata ini khusus untuk mengalirkan semua tentang perasaan ini.bergitu mudah untuk mengalirkan air mata.saat aku tidak kuat lagi untuk melalui ini semua.aku akan mengalirkan air mata.malam ni aku tak tahu apa yang tengah aku rasakan.aku rasa sedih malam ni.satu-persatu dugaan yang datang.saat semua dugaaan ini datang aku akan sentiasa kuat.tapi malam ini aku rasa lemah.bersandar aku di ruang penulisan dan menggerakan jemari-jemari ku untuk menulis.saat jemari tergerak untuk meluahkan sesuatu pasti titisan air mata akan membasahi ruang kamar ku.aku merasakan aku tengah berlakon dalam cerita CINTA TIGA SEGI.aku yang menjadi watak utama dan aku yang menjadi korban dalam jalan ceritanya.orang lain mungkin tidak pernah rasa apa yang aku tengah rasa.orang lain lihat aku sentiasa gembira dan sentiasa gembira.tapi adakah mereka tahu di sebalik senyuman aku ini ada sesuatu yang tidak mungkin pernah terucap.cuma tersirat dalam kata-kata yang membisu.aku membuat orang lain gembira dengan sifat aku dan aku yang membuat diri ini bersedih dengan sifat aku sendiri.aku mudah berkata-kata tetapi aku tidak mudah nak meluahkan setiap kata yang aku kata.aku menyesal dengan semua ini.malam ni aku rasa diri aku ini bukan lagi diri aku.kosong!!!aku tak pernah merasakan semua ini.aku rasa macam nak lari dari semua masalah ini.nak buang dari kehidupan ini.semua tentang hidup ini.aku telah memberi harapan kepada seseorang walaupun aku tahu aku akan membuat hati seseorang terluka.aku telah mengharap kepada seseorang yang mana aku tahu aku akan membuat dua hati akan terluka.aku berasa bersalah atas yang berlaku ini.aku tidak tahu semua ini akan menjadi sebuah mimpi yang sangat menyedihkan.aku tiada niat nak lukakan hati sesiapa.tidak ada niat langsung.aku ingat semua yang aku buat ini adalah betul.tetapi hanya sebaliknya.aku berusaha untuk tabah.aku tahu bahawa seseorang yang telah menitiskan air mataku,kini menjadi pisau yang telah menitiskan darah dari hati ku.rintihan rindu itu yang telah menjadi darah yang mengalir untuk kesedihanku.semuanya menjadi sebuah khayalan untuk aku di malam yang dingin.hati ini tidak henti-henti mengeluarkan semua luahan hati yang sangat menyedihkan.jari-jemari ini tidak pernah lelah untuk penulis setiap apa yang perasaan ini ingin luahkan.adakalanya jasad ini tidak mampu untuk terus teguh duduk di hadapan ruang kekecewaan.di ruang yang sepi ini semua yang telah berlaku tercatat untuk masa yang akan berlalu.malam ini mata ini tidak henti-henti menitiskan air kesedihan saat mata ini meratapi setiap perkataan yang jari-jemari ini tuliskan."Disaat cinta mengajar aku erti kasih sayang,Disaat itu juga cinta mengajar aku erti sesebuah kekecewaan".mungkin titisan hujan yang turun malam ini adalah untuk menemani setiap titisan air mata ku ini.merasakan jiwa ini bertambah sedih.aku menangis!!!tidak seorangkpun di dunia ini inginkan kesedihan.termasuk diri aku.kerana sikap bodoh aku yang bertopengkan kegembiraan telah membuat aku bersedih.disaat aku berusaha ingin mencari kebahagiaan,disaat itu juga aku akan mendapat kesedihan..sekiranya jasad ini masih mampu teguh seperti biasa.mungkin masih banyah hati ini ingin luahkan untuk malam ini.tapi tak mampu.mata ini juga sudah tidak mampu untuk terus menitiskan setiap derai kesedihan yang aku alami.mungkin sampai disini sahaja yang mampu hati ini luahkan.TERIMA KASIH CINTA!!!!!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar